(+6) 019-2692-776
(+6) 019-2692-776
Search

Maklumat Kotak

Kotak baru atau terpakai?

Kami hanya menjual kotak baru sahaja.

Apakah saiz kotak yang dijual?

Kini kami mempunyai 23 saiz kotak iaitu Kotak Mini dan Kecil yang pelbagai saiz, Kotak Pos, A4, Buku, Abba, Storage, Medium, Large dan Extra Large. Kotak semua adalah standard jenis RSC.

Harga sekotak?

Harga bermula RM0.90 untuk kotak Mini sehingga RM10.50 untuk kotak Extra Large. Dijamin paling murah dipasaran.

Kotak tahan lama?

Jangka hayat kotak yang kami bekalkan mampu bertahan sehingga 1 – 3 tahun sesuai untuk penyimpanan dokumen dan fail.

Had muatan kotak?

Kotak medium boleh menampung berat 25kg sehingga 30kg.

Kotak mempunyai cop?

Beberapa kotak kami mempunyai standard tanda “shipping”.

Boleh saya tempah saiz yang lain?

Maaf, kami tidak menerima tempahan untuk “custom made”.

Kotak dalam bentuk apa ye?

Kotak dalam bentuk lipatan.

Maklumat Pembelian

Bagaimana nak beli?

Anda boleh datang terus ke kedai kami di Kajang, Cheras KL, Sungai Buloh atau di Johor Bahru. Disarankan hubungi kami terlebih dahulu melalui WhatsApp untuk sebarang update.

Bolehkan saya ingin membeli hanya 1 kotak sahaja?

Ya boleh. Kami tidak menetapkan belian minimum seperti lain-lain pengusaha. Kami tidak ingin membebankan anda.

Boleh saya dapatkan sebut harga?

Kami perlukan maklumat seperti nama syarikat, alamat, email, saiz kotak dan kuantiti yang diperlukan.

Boleh saya buat bayaran atas talian?

Ya boleh. Bayaran boleh dibuat melalui pindahan atas talian. Bank yang kami gunakan adalah Maybank

Bolehkan bayaran menggunakan cek?

Ya boleh. Kami akan menghantar kotak setelah cek “clear”.

Ada diskaun untuk belian yang banyak?

Diskaun diberi untuk pembelian 500pcs keatas bergantung kepada saiz kotak yang dibeli

Resit @ Invoice disediakan?

Yup resit @ Invoice akan diberi setelah kami terima bayaran. Anda boleh mendapatkannya juga melalui email.

Belian secara LO diterima?

Kami terima belian secara LO tapi harga sedikit mahal kerana ambil masa untuk kami menerima bayaran penuh.

Ada beberapa kotak tidak digunakan, bolehkah saya jual semula?

Maaf kami tidak menerima pemulangan semula setelah kotak dibeli.

Maklumat Penghantaran

Kaedah Penghantaran

Penghantaran Selain Malaysia?

Malangnya kami hanya membuat penghantaran di dalam Malaysia sahaja (semenanjung) kerana kos yang amat tinggi kepada pihak pembeli

Boleh terangkan penghantaran menggunakan Runner?

Kami menggalakkan pelanggan walkin ke kedai kami untuk mengelakkan pelanggan berbelanja lebih. Sekiranya memerlukan penghantaran di sekitar Kuala Lumpur, caj RM20 dikenakan bagi kuantiti 60pcs kebawah. Jika penghantaran sekitar lembah Klang, caj bermula RM40 – RM60 bergantung kepada jarak daripada kedai. Penghantaran dibuat pada waktu pejabat. Bayaran hendaklah diselesaikan terlebih dahulu. Sila hubungi kami untuk maklumat lanjut.

Ada servis penghantaran luar lembah klang?

Berapa lama penghantaran dibuat?

Jika tempahan dan bayaran diterima sebelum jam12 tengah hari, tempahan anda akan diproses pada hari yang sama. Pihak courier akan mengambil dan memproses penghantaran pada hari berikutnya.Biasanya dalam 2-3 hari bekerja anda akan menerima kotak anda.

Saya menggunakan Myvi, berapa boleh muat?

Kebiasaanya 40pcs Kotak Large. Tapi perlu diingat bahawa seat belakang perlu diturunkan sepenuhnya.

Back to Top
Product has been added to your cart